By e-Learning SMKDM

Monday 4 July 2011

Jana Kuasa Van De Graaf..(nota)


Jana Kuasa Van De Graaf
Janakuasa Van De Graaf adalah alat untuk menghasilkan beza keupayaan elektrostatik sehingga ke 50,000 V. Ianya telah dicipta oleh ahli sains Amerika bernama Robert Van De Graaf sekitar tahun 1930. Satu motor, tali sawat getah sentiasa bergerak ke atas di antara dua takal. Bila ianya dihidupkan, geseran dengan takal logam memindahkan elektron daripada tali sawat kepada takal. Selepas berberapa ketika cas-cas positif mula terkumpul pada tali sawat getah itu.
Geseran tali sawat getah dengan takal perspeks menyebabkan takal itu bercas positif dan tali sawat bercas negatif. Cas-cas negatif bergerak turun bersama-sama tali sawat itu. Ion-ion positif menutralkan cas-cas negatif pada tali sawat getah, sementara ion-ion negatif menutralkan cas - cas positif.
Jika proses ini berlaku terus menerus, cas-cas positif akan terkumpul dengan banyaknya pada sfera logam itu. Satu beza keupayaan yang tinggi akan dihasilkan dan bunga api boleh dihasilkan apabila molekul-molekul udara disekeliling kubah itu diionkan dan discas berlaku.

No comments: